Wednesday 4 May 2016

cheesekut cek buat

Assalamualaikum..

Selamat pagi..erhhh..pagi lagi ka??...semua orang mesti tau kan la ni musim panas lit-lit...tambah- tambah lagi belah utagha nuu.... kalau dapat makan benda sejuk-sejuk ni konfem best kan... erh, terover tulis la pulak. sebenarnya harini nak share resepi cheesekut yang amaaaaaaaaaat mudah dan sangat sedap...tambah-tambah kalau makan lepas keluar peti sejuk...yuummyyy...

sebenaqnya cheesekut ni aku buat minggu lepas..  Bahan- bahan dia boleh didapati kat mana-mana pasaraya.

Jom kita tengok resepi cheesekut yang sangat mudah ini. 

Bahan- bahannya :

                                                                                                                                 
250 gram Cream Cheese ( Brand Tartura )

1 pack biskut Duluxe Cracker ( Brand Hup Seng )

1 / 2 tin susu pekat manis (kalau tak suka manis, boleh  kurangkan )

Susu full cream (Brand Dutch Lady )

Milo sebagai hiasan

Cara membuatnya :


1) Pukul cream cheese bersama susu pekat manis.
- Kalau nak senang guna je blender.. susu tu ikut resepi asal guna 1/2 tin, tapi pada aku still manis lagi.. next time kena kurangkan lagi susu tu..

2) Bila dah kembang / sebati masuk kan 4 sudu susu full cream.
- tujuan masukkan full cream ni adalah utk mencair kan sedikit campuran cream cheese tu tadi.. tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye..

3) Sediakan bekas utk cheesekut ni.. letak baking paper utk memudahkan kita keluar kan cake ni dari bekas.

4) Masukkan sedikit susu full cream / low fat ke dalam bekas lain..
- sedikit saje untuk celup biskut.

5) Celupkan biskut satu persatu ke dalam susu tadi dan susun ke dalam bekas.
- celup saje ye, jangan rendam.. kalau rendam nanti biskut tu lembik..

susun macam ni selapis demi selapis




6) Selepas siap susun biskut, letak campuran cheese cream tadi di atas biskut.. sapu nipis ja...asalkan tak nampak biskut tadi tu.

7 ) Ulang step 5 dan 6 sehingga cream cheese tu habis. Aku dapat buat 5 lapisan. sebenarnya, kalau nak dapatkan lapisan yang tebal, kena pakai bekas yang kecil. Last sekali, taburkan milo kat bahagian atas sebagai hiasan.

9) Dah siap masuk kan dalam peti sejuk semalaman. Paling kurang pon 6 jam la.
-Baik buat waktu malam la.. kalau tak, tak sempat semalaman....bagi cheesekut ni sejuk dan keras sikit.. lepas tu baru boleh potong.. Lagi sejuk, lagi sedap.

Siap!!
Mudah kan.. dalam setengah jam jer kot dah siap.. kalo dah expert nanti lagi cepat siap.. 

dan inilah hasilnya


Selamat mencuba ~~~




1 comment: