Sunday 15 May 2016

Puding agar-agar roti coklat susu

Assalamualaikum

Haaaa..lama dah kan tak update blog ni... Tiba -tiba rasa rajin plak petang ni nak share satu resepi ni.. confirm ramai orang suka la... Sape tak suka makan puding kan... Tambah-tambah lembut,,, sejuk... aduiii.. sedapnya...


Resepi hari ni adalah






Puding agar-agar roti coklat susu


Haaaa..panjang namanya sesedap rasanya.. Achewaahh..



Bahan- Bahannya :


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170 ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar/sepeket
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko/coklat emulco




Cara Membuat:


  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian adunan. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko atau choc emulco. Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dengan sesudu air panas, jadikan pes agar tidak berbiji-biji.
  5. Ambil sesenduk adunan warna putih dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih tadi.
  6. Biarkan puding gerak sendri ke tepi, tidak perlu ratakan atau kacau. Ulang semula dan buat sehingga habis.
  7. Ketika melapis hendaklah dengan cepat kerana agar-agar cepat membeku. Bila sudah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.


Inilah hasilnya selepas beku






Di bawah ini, saya sediakan video sebagai rujukan untuk lebih mudah memahami tentang teknik-teknik melapis puding ini.


p/s : ni cara melapis kek marble..tapi sama je cara dia untuk melapis puding ni.







Selamat mencuba..


Friday 6 May 2016

Ayam masak kunyit Pedas..

Minggu ni penuh dengan kesibukan. Jadi alang-alang sabtu dan ahad cuti, bolehlah main masak-masak kat rumah ni.. erh,, Masak betul la..bukan main.. Hari ni nak share resepi ja... scroll-scroll fb,,jumpa plak resepi ni,,, terus rasa lapar haaa.. 

Ayam masak kunyit pedas

Bahan- bahannya :

                                                              5 bawang putih 
9 cili api

5 cili hidup
3 batang Serai
seinci kunyit hidup 


kisar atau tumbuk semua bahan - bahan di ats kecuali serai.

Bahan seterusnya ialah potong bawang besar dan juga sediakan daun limau purut.


Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama dengan serai sampai pecah minyak dan naik bau. 


Jangan lupa ayam goreng kunyit yang ala-ala saja ye, jangan garing sangat. Nanti keras, tak best pula.


Selepas bahan ditumis tadi sudah naik minyak, masukkan sos tiram dan sos cili atau tomato.


Agak-agak bila sos sudah sebati, masukkan daun limau purut dan bawang hirisan tadi.


Gaul rata semuanya dan siap! 




SELAMAAAAT MENCUBAAA

Wednesday 4 May 2016

cheesekut cek buat

Assalamualaikum..

Selamat pagi..erhhh..pagi lagi ka??...semua orang mesti tau kan la ni musim panas lit-lit...tambah- tambah lagi belah utagha nuu.... kalau dapat makan benda sejuk-sejuk ni konfem best kan... erh, terover tulis la pulak. sebenarnya harini nak share resepi cheesekut yang amaaaaaaaaaat mudah dan sangat sedap...tambah-tambah kalau makan lepas keluar peti sejuk...yuummyyy...

sebenaqnya cheesekut ni aku buat minggu lepas..  Bahan- bahan dia boleh didapati kat mana-mana pasaraya.

Jom kita tengok resepi cheesekut yang sangat mudah ini. 

Bahan- bahannya :

                                                                                                                                 
250 gram Cream Cheese ( Brand Tartura )

1 pack biskut Duluxe Cracker ( Brand Hup Seng )

1 / 2 tin susu pekat manis (kalau tak suka manis, boleh  kurangkan )

Susu full cream (Brand Dutch Lady )

Milo sebagai hiasan

Cara membuatnya :


1) Pukul cream cheese bersama susu pekat manis.
- Kalau nak senang guna je blender.. susu tu ikut resepi asal guna 1/2 tin, tapi pada aku still manis lagi.. next time kena kurangkan lagi susu tu..

2) Bila dah kembang / sebati masuk kan 4 sudu susu full cream.
- tujuan masukkan full cream ni adalah utk mencair kan sedikit campuran cream cheese tu tadi.. tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye..

3) Sediakan bekas utk cheesekut ni.. letak baking paper utk memudahkan kita keluar kan cake ni dari bekas.

4) Masukkan sedikit susu full cream / low fat ke dalam bekas lain..
- sedikit saje untuk celup biskut.

5) Celupkan biskut satu persatu ke dalam susu tadi dan susun ke dalam bekas.
- celup saje ye, jangan rendam.. kalau rendam nanti biskut tu lembik..

susun macam ni selapis demi selapis




6) Selepas siap susun biskut, letak campuran cheese cream tadi di atas biskut.. sapu nipis ja...asalkan tak nampak biskut tadi tu.

7 ) Ulang step 5 dan 6 sehingga cream cheese tu habis. Aku dapat buat 5 lapisan. sebenarnya, kalau nak dapatkan lapisan yang tebal, kena pakai bekas yang kecil. Last sekali, taburkan milo kat bahagian atas sebagai hiasan.

9) Dah siap masuk kan dalam peti sejuk semalaman. Paling kurang pon 6 jam la.
-Baik buat waktu malam la.. kalau tak, tak sempat semalaman....bagi cheesekut ni sejuk dan keras sikit.. lepas tu baru boleh potong.. Lagi sejuk, lagi sedap.

Siap!!
Mudah kan.. dalam setengah jam jer kot dah siap.. kalo dah expert nanti lagi cepat siap.. 

dan inilah hasilnya


Selamat mencuba ~~~