Haaaa..lama dah kan tak update blog ni... Tiba -tiba rasa rajin plak petang ni nak share satu resepi ni.. confirm ramai orang suka la... Sape tak suka makan puding kan... Tambah-tambah lembut,,, sejuk... aduiii.. sedapnya...
Resepi hari ni adalah
Puding agar-agar roti coklat susu
Haaaa..panjang namanya sesedap rasanya.. Achewaahh..
Bahan- Bahannya :
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170 ml susu cair
- 10 gram serbuk agar-agar/sepeket
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- 2 sudu besar serbuk koko/coklat emulco
- Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk
- Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
- Bahagikan kepada 2 bahagian adunan. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan serbuk koko atau choc emulco. Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dengan sesudu air panas, jadikan pes agar tidak berbiji-biji.
- Ambil sesenduk adunan warna putih dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih tadi.
- Biarkan puding gerak sendri ke tepi, tidak perlu ratakan atau kacau. Ulang semula dan buat sehingga habis.
- Ketika melapis hendaklah dengan cepat kerana agar-agar cepat membeku. Bila sudah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Inilah hasilnya selepas beku
Di bawah ini, saya sediakan video sebagai rujukan untuk lebih mudah memahami tentang teknik-teknik melapis puding ini.
p/s : ni cara melapis kek marble..tapi sama je cara dia untuk melapis puding ni.